BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Friday, July 17, 2009

AMALAN SIAPAKAH?


Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..


suatu malam tu ana keluar daripada surau kat hostel ana. ana nampak bayak bintang bertaburan diatas langit,cantik sungguh kurniaan yang diberikan oleh allah kepada kita.Kalaulah ana bawak kamera masa itu bukan pasti tapi mesti ana amek gambar tu.tapi apakan daya ketika itu ana terikat dengan undang-undang sekolah.

ana teringat satu kisah pada zaman rasulullah saw.Ketika itu rasullulah ditemani isterinya khadijah keluar daripada rumah lalu duduk mendongak ke langit. Terdapat banyak bintang.Lalu rasulullah saw bertanya kepada khaijah."Wahai khadijah, amalan siapakah yang sama banyak dengan bintang dilangit itu",khadijah menjawab "Amalan bapaku".rasulullah menjawab kembali "Tidak" ketika itu air muka khadijah terus berubah.Rasulullah menyambung kembali kata-katanya"Seluruh bintang ini menyerupai amalan Umar bin al-khatof".khadijah mencelah " Jadi sebanyak mana amalan bapaku". Rasulullah menjawab "Amalan bapamu seperti ketika aku bersamanya di gua hirak sama dengan bintang-bintang pada malam ini"lalu khadijah pun ter senyum.

ini menyatakan bahawa segala amalan bapanya di gua hirak itu sama dengan bintang-bintang pada malam ketika baginda bersama dengan khadijah manakala amalan umar sama dengan bintang-bintang pada ketika itu .Jadi itu baru amalan yang dibuat di gua hirak sudah sama dengan bintang-bintang pada malam tu saja belum lagi amalan yang lepas-lepas...
Justeru itu dimanakah amalan kita,ada juga yang menyoal "itu sahabat nabi boleh lah!, inikan kita".Kalau difikirkan kembali sahabat nabi pun manusia jugak sama dengan kita semua.
Fikirkan lah...
wasalam...

0 comments: